folodash.

Friday, December 4, 2015

.. buat entah keberapa kali...

pagi yang mulanya seperti hari-hari biasa yang lain,

bangun, solat, makan, salam, start enjin keta dan vroomm.

Tiba di satu persimpangan, ternampak ambulan di tepi jalan. Terlambat sikit sampai ke persimpangan tu, mangsa dah dibawa masuk ke dalam van ambulans. Ternampak kaki mangsa di hujung trolley.

"....kerol...."

Buat entah keberapa kali, memori-memori mencanak keluar menyerang diri. Air mata pun merambu keluar, berkaca pandangan mata.

"...dia tak sakit kan kita nangis teringat ni?..."

InsyaAllah tak..kita tak merintih teriak nak dia kembali kan?tak persoalkan kenapa cepat sangat dia pergi kan?... nangis sebab tak dapat jumpa dah di dunia ni, nangis sebab tak dapat dengar dah gelak unik dia, ahhh,, tak pa kan teringat,,

"..ko teringat dia, ko bacakan AlFatihah sekali.."

ya3, tak lupa untuk doakan dia setiap kali teringat. Heee, kerol,kita apa ha? kawan sebelah meja dalam lab, kawan kelas, kau ketua gajah kami.. haha, specialnya kau. Persahabatan yang sekejap ni, rahmat Allah untuk kau, untuk kami.

"..untung dia, ramai kawan doakan bila teringat. Baiknye semua kawan kamu tu.."

ahh, dan dia pun kawan yang baik. Eihh. Dia memanh baik eh.

Memori.. yang datangnya beserta air mata, heh.

Teringat saat min datang. Peluk min, air mata yang sebelum tu baru ja kering, keluar membasahkan pipi balik.

Teringat saat pakcik kerol datang ke arah kami-kami yang duduk menunggu di kerusi. "Kerol dah tak da ya.." ahh,,yang tu kot yang disebutnya. Seorang tertunduk, seorang lagi terdiam, seorang lagi memeluk kawan sebelah, ah, bermacam-macam ekspresi wajah, Innalillah diucapkan, hati cuba ditenangkan, raut muka cuba dikawal, air mata cuba ditahan. Ada yang luarannya tenang, ada juga yang kalah memendam perasaan.

Teringat saat berjalan ke arah lif, konon nak tenangkan diri, jari cepat2 mendail nombor huda. Panggilan disambut. "hudaaaaaaaaaaaa.......kerol......".

Teringat saat dipanggil masuk ke dalam wad, melihat sekujur tubuh yang tenang mukanya. "Weh.. dia macam tido.. dia tido.."


Teringat saat terbayang cii keseorangan menerima berita pemergian ni di hujung sana. Kami sini menangis berteman, sedu kami berjemaah, heh. Oh, encik boss nya memahami, thanks encik boss.

Teringat saat terakhir di masjid,.......weh..ko macam tido je... saat yang sekali lagi memberitahu bahawa ini pertemuan kita yang terakhir di bumi ini.

Teringat memori lalu,, yes, aku terima ko dah tiada di bumi ni. yes, aku terima. Tapi mungkin memori ni akan sentiasa datang lagi. Kerol, kami mendoakan mu.

Untuk hari ni, secebis memori ja yang datang menyinggah. Memori lain? ahhh... mungkin esok, mungkin lusa. Secebis memori yang menyedarkan hidup di bumi bukan selamanya. Segalanya pinjaman dari Allah, hadiah dari Allah. Untuk yang meminjam,bersyukur kerana diberi peluang merasai perasaan kasih sayang antara rakan, merasai bahagia bersahabat, merasai tak puas hatinya diejek, heh. Tiba masanya, yang dipinjam wajib dipulangkan kembali kan..

Hari ni orang lain, esok lusa,masa kita. Dah ready untuk kembali? Dah cukup amal ibadah untuk ditimbang?......

2 comments:

  1. hakikatnya semua tengah rindu. and aku tak expect kita akan rindu on same time. sedih, seriously, sedih. You're describing each of the moment very well. you made me teary. i miss him too sarah.

    idk, myb because lately too much of things about tkg i shared with him(labmate), it's actually really broke my heart, as i really wish we are 7.

    just keep on praying, may we will meet him together in jannah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wanna be strong for you gaiss, but im sorry for keep on falling apart like this. Lets pray for everyone, with love...

      Delete