folodash.

Sunday, June 26, 2016

The imaginary hurt

There's one little teeeny tiiiny little thing,
One simple thing,
Not supposed to be hurt by that,
But well, fragile heart is asking to feel it,
feel the imaginary distrust.
And so, 'that's enough' drama awaken,
And silly fragile heart continue to be hurt for a month...
Or two...
well,could be three...
depends.

Wednesday, June 1, 2016

acah puitis sang tak sedar diri.

Masih terlalu awal, tersangat baru di tapak baru. Permulaan yang sangat sepi tanpa interaksi bersama manusia. Bukan tiada, tapi kurang. Tersangat kurang. Heh. Permulaan hidup sang lonely?

Dari sudut A,
dirasakan kurangnya yang disayangi, yang menyayangi. Sekali ditarik jauh, tersedar yang tak ramai hulurkan tangan menarik kembali kau ke dakapan (eeee.. dakapan kasih, eeeee). Tangan kau kibas-kibaskan, berharap ada yang terperasan kibasan alien itu. Yang menjauhnya makin ramai. Yang setia, Alhamdulillah masih ada. Tunggang terbalik emosi sebab nak jugak gapai tangan yang pergi. Ah, sambung beremosi kecewa sampai bila-bila.

Dari sudut B,
sebelum ni dikelilingi yang tersayang, manusia yang sentiasa dipakaikan uniform hamba. Uniform yang sama, hamba pada Tuhan Yang Satu. Tapi, bila diberi sang-sang hamba, apa tahap syukur yang kau rasakan? yang kau luahkan? Mungkin ada, mungkin sedikit. Tuhan Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, tak mahu kau makin jauh tenggelam dalam nikmat yang dicurahkan. Nikmat yang sepatutnya bawa kau menuju Yang Esa. Tapi entah kemana tah tujuan kau bila kau rangkul semua nikmat yang diberi. Jadinya, ditarik sedikit yang telah diberi, diambil sebentar yang dicurahkan, agar kau sedar diri, sedar untuk bersyukur dengan lebih lagi. Sedar bahawasanya kepada Allah kau harus bergantung harap, kepada Allah kau harus pergi bila bahagia, bila sedih, bila sunyi, bila duka, bila berjaya.... Ditarik sebentar yang menutup mata hati, di-clorox bulat-bulat hitam di hati yang lupa diri, yang lupa tugas sebagai hamba.

ehh, panjang sangat bebelan tak berakar. 

Tak payah dambakan kasih manusia, kejar kasih Allah SWT. Semoga tenang, semoga tenang. Aminn.

#missyoufamily
#missyoufriends
#missingyou