folodash.

Tuesday, June 23, 2015

patut? tak patut tak.

patut ka ikan marahkan ayam sebab ayam boleh makan dedak?
patut ka gajah marah semut sebab gigitan semut menyakitkan seantero dunia? heh
patut ka cacing marah rusa sebab boleh berlari, rusa berkaki?

tak. tidak. tak.

ikan pun ada banyak lauk lain, yang nak dikesahkan ke dedak ayam tu pasepa?
apa ingat ayam takmau try makan plankton ka? eleh.
tapi ayam rilek ja kunyah dedak. heh.

saiz gajah pun dah cukup menakutkan,
singa pun kena hati2 nak terkam si gajah,
semut? panjang umur dapat lintas jalan,
pendek umur kena gelek, kena tenyeh dgn makhluk lain.
nak marah ke gigitan semut, ce belit dengan belalai tu,
hah, menyakitkan makhluk lain jugak pun.

cacing xda kaki pun boleh masuk tanah berkilometer jauhnya,
boleh elok cari makan dalam tanah, elok sihat ja,
banyak ja pun cacing2 gemuk sihat bahagia gumbira tanpa kaki.
emmm... rusa tak boleh menyorok dalam tanah bila kena kejar dengan singa. heh

sudahnya, mengeluh je la pandang iphone jiran.
lupa 3310 dia orang dok pakat cari balik,
battery power, body pun gagah.

ceh.
dan ceh.
last, ceh.

(Salam Ramadan Al-Mubarak.)
(tingkatkan amal lagi yuk! fuhh)

(asyik null response, bila nak bagi not null ni bila)
(jemm)

Tuesday, June 9, 2015

Alhamdulillah

smile,
as it brighten people's day

laugh,
as it fill empty heart,

be blessed,
as The All-Mighty has given ones multitudinous wonderful gift

be brave,
as what you endure, for surely the one you can handle

Alhamdulillah

=)

serabut kosong

keseorangan?

dah kau pasepa? mencari yang hanya nampak di mata?
yang boleh disentuh dipegang deria luaran kau tu?

teruknya lahai,
dah kalau macam tu sekejap ja ruangan hidup kau sesak berteman,
penuh dengan kononnya kasih sayang ketenangan kebahagiaan yang kononnya kau impikan.

dihidupkan di dunia oleh Pencipta,
dan kau janji di awal awal awal permulaan engkau sebagai hamba pada Pencipta,
disumbat dengan rezeki yang tak terkira nilainya dari Pencipta,
rezeki yang tak henti kau terima walaupun sesaat,

namun masih kau mengeluh keseorangan,
terbaring lemau, terduduk tak bermaya pikirkan manusia mana yang setia ingin memandang kau, melayan segala perangai tak guna kau,

eish, kecewa.
apabenda kosong hati kau ni,
pandang pada makhluk sangat tu buat apa?
hati makhluk tu pun Pencipta yang kawal eh,

tak,
eh,pendekkan cerita, kun fayakun kan,

dah, sila peratikan balik masalah kekosongan hati kau tu,
jangan isikan dengan kelalaian,
penuhkan dengan kesedaran kau hamba pada Pencipta.

eh, entah,
tak tau geram pasepa tah.
ah cukup.

full stop

#anotherbabblingtoehem
#lamadahtakmaingame

Tuesday, May 19, 2015

do you know

you know,
being hit by a truck is much much much much more more more more more more better than getting kicked from behind.

but you know,
an assumption is much much much more more more venomous than box jellyfish... or  or king cobra.. or or cute blue ringed octopus.

just so you know.

!

!

Monday, May 18, 2015

kau pun penting jugak.

bilamana penat,
tapi tahu diri diperhati,
tahu diri sumber semangat sang homosapien kesayangan,
mahupun buat sang homosapien tak dikenali,

kau mampu menguatkan diri.
mungkin terpaksa kuatkan diri, mungkin.
tapi, penat bertahan, penat tegak berdiri terasa berbaloinya
bila upahnya senyuman dan sedikit suntikan semangat pada sang hati yang memandang

tapi, kuatkan diri untuk orang lain je?
sudah3, jangan lupakan pentingnya diri kau tu jugak~
hah.

#saveEarthSaveYourself

#kakakkaukuatla

#kuatlakakakkau

*penat laa main database, heihh

Tuesday, May 5, 2015

Penat

sesekali menjengah dunia,
sentap seketika,
berat beban di dada terasa,
dugaan dunia,
buat yang lemah,
buat yang kuat,
untuk menjadi lebih kuat.

penat.
"eleh, baru kena sikit"
"kau ingat kau sorang ja ka?"
"ada orang yang lagi penat dari kau"
"so?"
"kau dah usaha sebaik mungkin dah ka?"

penat.
bila menjawab pertanyaan bertalu-talu yang menembakkan kebenaran.
penat.
bila menjadi lemah tiap kali membuka pintu realiti.
penat.
bila berusaha untuk menguatkan diri.
penat.
bila melayan kerenah emosi diri.
penat.
bila asyik mencari alasan untuk terus-terusan penat.
penat.
bila menjadi loser
penat.

sudah la.
lempanglah pipi.
sepaklah kaki.
terajanglah si empunya diri.
mengada nak penat lama-lama.

p jadik kuat la.
mengada.